Arkib Berita

BANCI 2020: HARI E-CENSUS PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG

BANCI 2020: HARI E-CENSUS PENJAWAT AWAM NEGERI PAHANG

Sukacita dimaklumkan, Pentadbiran Negeri Pahang menyokong penuh Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) yang sedang dijalankan. Justeru itu, Pentadbiran Negeri Pahang akan menjalankan program Banci 2020: Hari E-Census Penjawat Awam Negeri Pahang seperti ketetapan berikut: Tarikh: 9 September 2020 (Rabu) Masa: 10.00 pagi Tempat: Ruang Kerja/Komputer Pejabat masing-masing Laman Sesawang : https://ecensus.mycensus.gov.my/landing
Pertandingan Hiasan Kenderaan

Pertandingan Hiasan Kenderaan

Pertandingan Keceriaan Patriotik Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Maran PERTANDINGAN HIASAN KENDERAAN MERDEKA (FB) Maklumat Pertandingan : i. Terbuka kepada semua Penduduk Daerah Maran sama ada secara Individu mahupun organisasi. ii. Tempoh pertandingan adalah mulai 19 Ogos hingga 30 Ogos 2020. iii. Jawatankuasa panel penilai akan membuat penilian berdasarkan jumlah " Likes" di dalam Facebook "Pej Daerah Maran" hingga 30 Ogos 2020.
Lanjutan Tempoh Bayaran Cukai Tanah dan Tukar Syarat

Lanjutan Tempoh Bayaran Cukai Tanah dan Tukar Syarat

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan negeri Pahang telah bersetuju untuk Melanjutkan Tempoh Bayaran Cukai Tanah Tahun 2020 bagi semua Hakmilik Tanah sehingga 31 Ogos 2020. Kerajaan Negeri Pahang juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh mengemukakan permohonan dan mengubah kategori dan syarat nyata "Nil" atau "Tiada" sehingga 31 Ogos 2020
Patuhi SOP Ketika Berurusan di Permis Awam

Patuhi SOP Ketika Berurusan di Permis Awam

Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Program Kutipan Luar Cukai Tanah Bulan Julai Tahun 2020

Program Kutipan Luar Cukai Tanah Bulan Julai Tahun 2020

Pejabat Daerah Dan Tanah Maran akan mengadakan satu Program Kutipan Luar Cukai Tahun 2020 pada bulan Julai ini. Disertakan Jadual Kutipan Luar Cukai Tanah (FELDA) 2020.
Lanjutan Tempoh  Pembayaran Cukai Tanah Sehingga 31 Julai 2020

Lanjutan Tempoh Pembayaran Cukai Tanah Sehingga 31 Julai 2020

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Ke-20 / 2020 Bertarikh 20 Mei 2020 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun 2020 bagi semua hak milik tanah di Negeri Pahang sehingga 31 Julai 2020.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 398 kali.


Kembali ke Atas