Arkib Berita

Pembukaan Semula khidmat Kaunter di Pejabat Daerah dan Tanah Maran
11 Feb 2021
Kerajaan Negeri hari ini membuat keputusan, semua perkhidmatan kaunter melibatkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang ditutup sejak 2 Februari lepas, dibuka semula. Pembukaan perkhidmatan kaunter perkhidmatan ini bagaimanapun masih tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP)

MAKLUMAN OPERASI PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
29 Jan 2021
Adalah dimaklumkan bahawa, susulan daripada keputusan Mesyuarat task Force Covid-19 Negeri ahag Bil. 4 tahun 2021,
semua urusan kaunter di Pejabat Daerah dan Tanah Maran ditutup kepada orang awam mulai 28 Januari 2021 (khamis),
sehingga 14 Februari 2021.
Pembayaran Cukai tanah boleh dibuat dalam talian melalui Sistem Pembayaran Cukai Tanah (FPX) yang boleh dicapai di
https://fpxptg.pahang.gov.my/ dan Aplikasi PahanGo.

Peta Laluan Alternatif & Info Banjir Pahang
13 Jan 2021
JKR Negeri Pahang merupakan salah satu cawangan JKR Malaysia yang mana mengurus, memantau dan memberi khidmat teknikal di dalam projek pembangunan infrastruktur serta penyelenggaraan asset di Negeri Pahang Darul Makmur. Pada Musim Banjir ini Pihak JKR dan juga JKR Pahang memberikan Info Banjir dan Pelan bagi Laluan Alternatif.

Hebahan Talian Telefon PKOB Daerah Maran
03 Jan 2021
Assalamualaikum...
Makluman kepada semua warga penduduk Daerah Maran, Hebahan Talian Telefon PKOB Daerah Maran untuk Bencana berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) seperti tetapan berikut :-
Talian 1 : 09 - 4772999
Insp Zaki : 019 - 6656059
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Maran.

Tawaran Sebutharga Pejabat Daerah Dan Tanah Maran
13 Oct 2020
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputra Gred G1 beralamat di Daerah Maran. Borang Sebutharga mula dijual pada 07 Disember 2020 (ISNIN) hingga 09 Disember 2020 (Rabu) dan tarikh TUTUP Sebutharga pada 10 Disember 2020 (KHAMIS) 12.00 Tengahari.

Jabatan Pertanian Sasar Eksport Nangka Pahang Ke Luar Negara
10 Sep 2020
MARAN, 8 September 2020 – Jabatan Pertanian mensasarkan pengeksportan ke luar negara bagi buah nangka ke beberapa negara termasuklah sekitar negara Asia, Dubai, Republik Chech, Taiwan dan Hong Kong. Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, En Mohd Nazri Abu Seman berkata, selain negara-negara terbabit, nangka juga berpotensi untuk dipasarkan ke China, Jepun dan Korea.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 243 kali.
Kembali ke Atas