bsemasa   
multimedia 
  1. AUDIO
  2. VIDEO
  3. GAMBAR
penerbtn 
  1. ARKIB BERITA
  2. SOALAN LAZIM
  3. MUAT TURUN
  4. PENCAPAIAN PIAGAM
  5. PEKELILING & MANUAL

Pemasyhuran

WATIKAH PEMASYHURAN DAERAH MARAN


Dengan Nama ALLAH Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani Segala Pujian 
Bagi Allah, Seru Sekelian Alam keatas Penghulu kami 
Nabi Muhammad, S.A.W. Keluarga serta Sahabat-Sahabatnya.

BAHAWASANYA menurut Seksyen 11 Kanun Tanah Negara 1965 Pihak Berkuasa Negeri
boleh membahagikan Wilayah Negeri ini kepada beberapa daerah dengan mengisytiharkannya
dalam Warta Kerajaan, dan

BAHAWASANYA kerajaan telahpun bersetuju untuk mewujudkan satu daerah baharu
yang dinamakan Daerah Maran dan bagi tujuan ini Warta Kerajaan Negeri Pahang
Jilid 34 Bilangan 14, bertarikh 23hb Mei, 1981 telah diterbitkan.

MAKA, dengan Nama ALLAH Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani,
Saya, Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang, Dato' Mohd. Najib Bin Tun
Haji Abd. Razak, Menteri Besar Pahang dengan ini mengisytiharkan bahawa
mulai daripada Satu haribulan Januari, Tahun Seribu Sembilan Ratus Lapan
Puluh Satu bersamaan Dua Puluh Empat haribulan Safar, Tahun Hijrah
Seribu Empat Ratus Satu, Daerah Maran yang mengandungi kawasan yang
ditunjukkan dalam Pelan Warta No. 386 adalah diwujudkan.

Semuga dirahmati Allah Subhanahu Wataala Malikul Mulki akan Daerah Maran
yang baharu ini di dalam kemajuan, keamanan, keharmonian dan
kemakmuran, kekal karar selama-lamanya.


Dato' Mohd. Najib Bin Tun Haji Abd. Razak DSAP.
Menteri Besar Pahang

  • 3.png6.png5.png7.png8.png
  • Pelawat :
  • Hari Ini 372
  • |
  • Minggu Ini 3628
  • |
  • Bulan Ini 15162