Perutusan D.O

DOSyedAhmadFuad00

Selamat Melayari Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Maran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

           Saya bersyukur Pejabat Daerah Dan Tanah Maran dapat mewujudkan laman web yang terkini dan berinformasi dalam penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisyen dan berkesan selari dengan perkembangan teknologi semasa.

            Menyedari hakikat bahawa peranan pejabat ini sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan, maka laman web ini diwujudkan selaras dengan cogan kata " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan". Untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan, kakitangan pejabat ini disarankan mengembelingkan fikiran dan tenaga ke arah menghayati dan merealisasikan lima tata bidang pengurusan iaitu :

•             Komitmen Kepada Tugas

•             Memberikan Perkhidmatan Yang Berkualiti

•             Ketelusan Dalam Tindakan

•             Berfikiran Dan Bertindak Secara Pro Aktif

•             Bekerja Secara Berpasukan

          Perkhidmatan Awam di Malaysia telah memasuki Alaf Baru dengan 'expectation'yang tinggi daripada pelanggan . Dengan kepesatan teknologi maklumat (IT) semua anggota perkhidmatan awam disarankan agar melengkapkan diri dengan kemahiran dan kepakaran yang perlu bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Sehubungan dengan itu, pegawai dan kakitangan pejabat ini akan berusaha meningkatkan kemahiran dan kesungguhan untuk mencapai matlamat tersebut selaras dengan hasrat dan usaha kerajaan negeri untuk menjadi negeri maju menjelang 2015.

             Adalah diharapkan laman web ini dapat membantu dalam memberi dan menyampaikan maklumat semasa dan terkini kepada rakyat disamping dapat memperkenal dan mempromosikan Daerah Maran kepada dunia.

 Sekian, terima kasih.

Dato' Syed Ahmad Fuad Bin Syed Taha DIMP, SMP.

( Pegawai Daerah Maran )

  • 6.png9.png4.png2.png5.png
  • Pelawat :
  • Hari Ini 428
  • |
  • Minggu Ini 1838
  • |
  • Bulan Ini 13121