Pengumuman

Sistem Permohonan Akaun Emel Pahang

23/09/2020

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 

2.      Untuk makluman, satu Sistem Permohonan Akaun Emel Pahang telah dibangunkan oleh BTM dalam usaha ke arah pendigitalan kerajaan negeri Pahang dan melancarkan lagi urusan proses kerja sedia ada. 

3.       Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa mulai 23 September 2020 semua permohonan berkaitan akaun Webmel Pahang tidak lagi perlu mengisi borang secara manual. Sebaliknya sebarang permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui https://mohonemel.pahang.gov.my/.

4.       Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi PIC berkaitan, Puan Normaliana binti Mustamam di talian 09-5169498 / Encik Nik Mohd Aimi di talian 09-5129435.

5. Untuk makluman dan perhatian pihak YB. Dato' Indera/YH Dato'/Tuan/Puan jua.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Emel Kerajaan Negeri PahangBahagian Teknologi Maklumat 

Tel   : 09 512 9425

Faks : 09 516 4390

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 79 kali.


Kembali ke Atas