Pengumuman

Buku Panduan Keibubapaan Siber

Dunia  dalam  talian  telah  menjadi sebahagian daripada kehidupan komuniti digital masa kini. Ia menyediakan pelbagai peluang sama ada untuk  belajar,  berhibur,  bermain  dan  berinteraksi  seterusnya  menyumbang  kepada kemahiran intelektual  dan  sosial. Dengan evolusi  teknologi, dunia  dalam  talian kini  boleh diakses dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui komputer, telefon bimbit, dan peranti-peranti elektronik yang lain.

Menurut  Dato’  Dr.  Haji  Amirudin  Abdul  Wahab,  Ketua  Pegawai  Eksekutif,  CyberSecurity Malaysia “Kajian  Asas  Nasional  Tahap  Kesedaran  Keselamatan  Siber mendapati  bahawa lebih  daripada  80%  kanak-kanak  di  Malaysia  menggunakan  Internet  pada  tahap  paling kerap  di  rumah,  berbanding  di  sekolah  dan  di  tempat  lain.  Itulah  sebabnya  keibubapaan siber memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku dan etiket dalam talian bagi kanak-kanak.”

“Pendidikan  merupakan  asas  kepada  pembentukan  generasi  berilmu.  Kanak-kanak memerlukan  bimbingan  dan  pengawasan  ibu  bapa/penjaga bagi membantu  mereka
mendapatkan manfaat daripada dunia siber dan pada masa yang sama, kekal selamat dan bertanggungjawab.  Buku ini  disediakan  untuk membantu  ibu  bapa/penjaga  mendalami
kemahiran  keibubapaan  siber  di dalam  dunia  digital masa  kini. Dengan  adanya  buku  ini, kami berharap ia dapat membantu ibu bapa dan penjaga melibatkan diri dalam kehidupan anak-anak di dunia siber.” tegas beliau lagi.

Buku ini juga turut memaparkan maklumat dari kajian Impak Ancaman Kesihatan Siber di Kalangan  Remaja  yang dijalankan  oleh  sekumpulan  pakar-pakar  pelbagai  disiplin  kanakkanak  Pusat  Perubatan  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (PPUKM)  dan  juga  pakar Kriminologi  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (UKM).  Ia  menerangkan  kesan  ketagihan Internet  ke  atas  kesihatan  fizikal  seperti  kesan  pada  mata,  tengkuk,  kecukupan  tidur, gangguan pembelajaran, kesihatan mental dan psikososial remaja termasuk perlakuan buli siber dan dinamik keluarga di rumah.

Buku ini boleh di muat turun melalui Link berikut : Sila Klik Saya


Dikeluarkan oleh Jabatan Outreach dan Komunikasi Korporat, CyberSecurity Malaysia.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 68 kali.


Kembali ke Atas